Kanser kolorektal merupakan kanser yang paling kerap berlaku dalam kalangan lelaki dan kanser kedua paling kerap berlaku dalam kalangan wanita.

Namun, kanser ini dapat dicegah dan dirawat dengan berkesan jika dikesan pada peringkat awal.

Lakukan saringan berkala di hospital dan klinik kesihatan kerajaan jika anda berisiko mendapat kanser ini.

 

Sumber : https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

 

KANSER KOLOREKTAL USUS BESAR

Ayuh !!
 
Mulakan dengan 10,000 langkah anda yang pertama.
Pastikan anda menjadikan amalan ini sebagai suatu budaya hidup sihat anda, menuju tahun baharu 2024.
 
 
10 000 LANGKAH
Pengaktifan semula virus cacar air boleh menyebabkan penyakit kayap.
Virus ini menjangkiti tubuh kekal dalam sistem saraf selama bertahun-tahun . Golongan dewasa yang berumur 50 tahun ke atas berisiko mendapat penyakit ini.
 
Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan ubat anti-viral dan ubat untuk melegakan rasa sakit. Salah satu komplikasi penyakit ini adalah sakit saraf yang berterusan (post-herpetic neuralgia). Oleh itu, orang ramai hendaklah mengamalkan langkah pencegahan seperti mendapatkan suntikan vaksin untuk mengelakkan penyakit ini.
 
 
AWAS DERITA KAYAP

Kebanyakan remaja menggemari minuman berkarbonat berikutan rasanya yang lazat. Namun, minuman berkarbonat mempunyai kandungan gula yang tinggi yang boleh meningkatkan risiko penyakit kronik seperti kencing manis.

Selain itu, gas karbon dioksida juga dimasukkan ke dalam minuman berkarbonat untuk menjadikannya β€˜bergas’ dan meningkatkan kelazatannya.

Oleh itu, orang ramai hendaklah mengehadkan minuman berkarbonat dalam menu harian bagi mengurangkan pengambilan kalori yang berlebihan agar kekal sihat.

 

Sumber : https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

 

MENGEHADKAN MINUMAN BERKARBONAT

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral πŸ’πŸ“πŸ‡πŸŽπŸ‰πŸŒπŸπŸπŸ₯πŸ₯₯🌢️πŸ₯•πŸ₯¬πŸ₯¦πŸ₯’πŸ₯—πŸ†πŸŒ½πŸ₯”πŸ…
Selain itu, ia juga mempunyai kandungan air yang tinggi dan serat yang membantu melancarkan proses penghadaman.
Oleh itu, orang ramai hendaklah memilih buah-buahan dan sayur-sayuran segar sebagai hidangan harian serta menggunakan kaedah memasak sayur yang sesuai seperti kaedah kukus untuk mengekalkan zatnya demi memperoleh manfaatnya untuk kesihatan tubuh.
 
LEBIHKAN PENGAMBILAN BUAH BUAHAN DAN SAYUR SAYURAN