USAHAWAN SHOPEE

 

 Nama : Suriana Binti Tajaruddin

 Umur : 33 Tahun

 Ahli : 2010

 

Latar belakang

Puan Suriana Binti Tajaruddin merupakan seorang usahawan yang menjual pakaian bundle. Beliau tinggal di Kota Gelanggi tetapi sering ke NADI Kg Bukit Rang untuk menghadiri kelas-kelas yang melibatkan keusahawanan. Beliau selalu datang ke NADI Kg Bukit Rang untuk mencetak waybill shopee.Beliau mula menjadi ahli NADI Kg Bukit Rang pada 18 July 2010. Beliau merupakan ibu kepada tiga orang anak. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kisah perniagaan beliau bermula selepas wabak Covid 19, pada ketika itu NADI Kg Bukit Rang mengadakan Kelas Keusahawanan dengan mengajar platform Shopee. Beliau nekad untuk memulakan perniagaan dengan berniaga secara dalam talian demi membantu suami mencari pendapatan lebih. Beliau telah mempunyai akaun Shopee tetapi tidak mendaftar sebagai seller dan tidak pandai menggunakan Shopee Seller.

Beliau juga tidak tahu bagaimana cara untuk memasarkan baju bundle agar mendapat sambutan. Sebelum memulakan perniagaan di dalam Shopee, beliau hanya berniaga di dalam Whatsapp dengan update gambar-gambar baju di Status Whatsapp sahaja dan juga turut memasarkan baju-baju bundle di dalam platform Facebook dan Instagram.

Purata pendapatan beliau sebelum berniaga di dalam Shopee ialah lebih kurang RM100 – RM200 sahaja dan tidak tetap kerana kurangnya permintaan dan pelanggan. Kedai-kedai di media social yang lain juga kurang mendapat sambutan, jadi agak sukar untuk beliau meraih pendapatan yang tetap. Beliau juga merupakan seorang dropshipper barangan pakaian yang lain seperti baju-baju kurung, blouse-blouse dan tudung-tudung.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti kelas-kelas keusahawanan yang dijalankan di NADI Kg Bukit Rang, beliau telah pandai menggunakan platform Shopee. Beliau tahu bagaimana cara memasukkan gambar produk di dalam platform tersebut. Banyak topik-topik keusahawanan yang diajar, antaranya beliau diajar cara untuk membuat pengiklanan baju-baju bundle, memasukkan harga dengan betul, mencipta description produk dengan lebih teratur.

Beliau juga pandai meniaga secara live menggunakan platform Shopee untuk membuat lelongan baju-baju bundle. Semakin hari, customer semakin bertambah dan jumlah pengikut juga semakin bertambah. Selain itu, beliau kini berjinak-jinak menggunkan Tiktok Seller untuk menjual baju-baju bundle beliau. Beliau juga telah pandai mengambil gambar produk dengan baik dan jelas.

Selepas meniaga di dalam platform Shopee, sedikit sebanyak pendapatan beliau bertambah dan perniagaan pakaian bundle beliau semakin dikenali ramai. Kini, beliau berjaya meraih pendapatan sehingga mencecah RM500 ke atas hasil usaha titik peluh beliau.

USAHAWAN GERAI MAKAN DAN MAKANAN KERING

  Nama : Sarah Nazira Binti Muhamad Sarif

  Umur : 32 Tahun

  Ahli : 2009

 

Latar belakang

Puan Sarah Nazira merupakan penduduk Kg Bukit Rang Pulau Tawar . Beliau merupakan usahawan  Gerai makan dan menjual makanan kering seperti kerepek ubi ,kerepek ubi pedas,kerepek bawang oat dan lain-lain.Beliau menjadi ahli NADI Kg Bukit Rang sejak tahun 2009.Beliau menggunakan medan ICT di NADI Kg Bukit Rang untuk mempromosikan Gerai makan dan makanan kering beliau melalui facebook,Whatsapp dan akaun shopee.Sebelum ini beliau menjalankan perniagaan dari rumah sahaja,kini beliau menjual makanan di gerai makan yang terletak berhampiran NADI Kg Bukit Rang.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau kurang mahir dalam bidang ICT. Pendapatan bulanan berada di bawah RM 100

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas beliau menggunakan ICT bagi belajar cara mempromosikan produk beliau secara atas talian, perniagaan beliau lebih diketahui ramai dan pembeli bukan saja terdiri dari komuniti setempat tetapi lebih meluas. Beliau sudah mempunyai laman-laman beliau sendiri yang digunakan bagi mempromosikan produk beliau.Kini perniagaan beliau bertambah maju selepas menghadiri kelas yang dianjurkan oleh NADI.

USAHAWAN SET BERSALIN SYAFIAH

  Nama : Sarina Bt Mohamed Salleh

  Umur : 46 Tahun

  Ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Sarina Bt Mohamed salleh mengusahakan perkhidmatan urutan tradisional dan sauna herba. Pusat perkhidmatan beliau di kenali sebagai “D’LEMPOYANG SPA & SAUNA HERBA”. Beliau mempunyai 3 tahun kemahiran dalam bidang ini.Kini beliau mengeluarkan produk beliau sendiri iaitu Set Bersalin Syafiah

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Kg. Bukit Rang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan spa & sauna  beliau . Pelanggan beliau dari seluruh Negara dapat mengenali perkhidmatan  beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.

USAHAWAN KEK DAN ROTI

  Nama : Noraini Binti Che Arshad

  Umur : 34 Tahun

  Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Noraini Binti Che Arshad ialah penduduk Kampung Bukit Rang Pulau Tawar. Beliau merupakan usahawan kek dan roti di kampung ini. Beliau memulakan perniagaan sejak tahun 2019. Beliau mempunyai kemahiran dalam membuat kek dan roti..sebelum ini beliau berniaga secara kecil-kecilan sahaja ,kini perniagaan beliau berkembang maju dan dikenali ramai.Beliau selalu datang ke NADI untuk mempelajari ilmu yang berkaitan komputer. Beliau telah menjadi ahli sejak tahun 2018.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM300 sahaja sebulan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau menggunakan medan ICT di NADI untuk mempromosikan produk beliau.Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI  Kg. Bukit Rang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan kek dan roti beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara dapat mengenali perniagaan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300 dan ke atas.

USAHAWAN DISH SOAP HOMEMADE NITA

 

 Nama : Nor Anita Bt Mat Sani

 Umur : 34 Tahun

 Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Anita merupakan penduduk Kampung Perian dan merupakan seorang usahawan Dish Soap Homemade Nita

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan beliau adalah tidak menentu

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI 

Beliau menggunakan medan ICT di NADI Kg Bukit Rang untuk mempromosikan sabun homemade  .Beliau menggunakan akaun Facebook sendiri untuk mempromosikan produk beliau melalui online dan menggunakan akaun shoppee sebagai platform perniagaan beliau.