USAHAWAN BUBBLE CHOCO CRUNCHY

 

 Nama : Siti Fatihah Binti Rosli

 Umur : 30 Tahun

 Ahli : 2009

 

Latar belakang

Puan Siti Fatihah  telah menjalankan perniagaan bubble choco crunchy di sekitar Kg Bukit Rang Pulau Tawar. Beliau memulakan perniagaan beliau pada tahun 2015. Pada mulanya,beliau berniaga secara kecil-kecilan sahaja dan menjual bubble biasa sahaja dan sekarang beliau mempelbagaikan produk beliau dengan pelbagai topping. Selepas menghadiri kelas di NADI Kg Bukit Rang,perniagaan beliau semakin di kenali ramai dan berkembang maju

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan beliau tidak menentu

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Kg. Bukit Rang, beliau kini telah memiliki page facebook sendiri dan akaun  instagram yang dapat mempromosikan hasil jualan   dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara  mengetahui produk jualan beliau melalui page facebook dan akaun instagram tersebut.