Jamaliah Bt Zakaria atau lebih dikenali penduduk setempat dengan panggilan Mak Tam merupakan salah seorang anak tempatan yang mengusahakan Bengkel Pemprosesan Makanan dengan bantuan Jabatan Pertanian Negeri Pahang. Bengkel Pemprosesan Makanan beliau yang terletak hanya 500 meter dari PEDi Bukit Rang mengeluarkan produk kuih tempatan seperti bahulu,maruku dan jejari. Di atas bantuan dan tunjuk ajar oleh Jabatan Pertanian Negeri Pahang, beliau telah berjaya memulakan operasi bengkel beliau pada Mei 2013 sehingga sekarang. Selain itu produk-produk berasaskan pertanian seperti kerepek-kerepek yang diperbuat daripada pisang, ubi keledek dan sebagainya dapat membantu petani-petani kecil di sekitar dengan membeli hasil tanaman mereka untuk dijadikan kuih dan kerepek. Semoga Bengkel Pemprosesan Makanan beliau terus maju dan berkembang besar.

 

20151013 114357   20151013 114435  20151013 114406

        Norfadlina  Bt Mohd Salim atau lebih di kenali penduduk setempat dengan panggilan “Ina” merupakan salah seorang ahli Pusat Internet  Kg Bukit Rang yang menjalankan perniagaan  burger bakar. Beliau memulakan perniagaan beliau pada bulan september tahun lepas.  Pada mulanya beliau  berniaga secara kecil-kecilan sahaja ,tetapi selepas  mengikuti Program Pembangunan Vendor Master Burger bersama Risda,beliau dapat memiliki gerai milik nya sendiri. Gerai  beliau terletak di  No.1  Gerai Perniagaan Kiosk,Kampung Bukit Rang ,Pulau Tawar,Jerantut,Pahang dan  terletak kira-kira  100 meter dari Pusat Internet Kg Bukit Rang. Beliau menjual pelbagai jenis burger .Harapan saya agar perniagaan beliau bertambah maju dan terkenal di seluruh Negara.

 

         Saharudin Anuar bin Sulaiman atau lebih di kenali dengan panggilan “Nuar” merupakan salah seorang ahli PI Kg Bukit Rang yang mengusahakan produk  industri   asas tani  berasaskan keropok iaitu Keropok Ikan Patin  . Keropok Ikan Patin dari idea Kolej Komuniti Jerantut berjaya menjadi pilihan sebagai inovasi produk kerana sebelum ini kebanyakan keropok berasaskan ikan air masin tetapi keropok ikan patin ini berasaskan ikan air tawar iaitu ikan patin.Syarikat beliau terletak di Pertubuhan Peladang Kawasan Pulau Tawar, Simpang Pulau Tawar,27050 Jerantut, Pahang dan terletak tidak jauh dari PI Kg Bukit Rang.. Saya berharap A&A  Keropok Enterprise terus berkembang  maju dan terkenal di seluruh Malaysia.

 

 

 

      Puan Nurur Hanani Bt Mohammed Ariff atau lebih di kenali penduduk setempat dengan panggilan “Nani” merupakan salah seorang ahli Pusat Internet  Kg Bukit Rang yang menjalankan perniagaan  kedai runcit. Kedai runcit beliau di beri nama NailaNaura Biz Enterprise. NailaNaura Biz Enterprise terletak kira-kira  500 meter dari Pusat Internet Kg Bukit Rang. Beliau memulakan perniagaan beliau pada tahun lepas. Di kedai beliau terdapat pelbagai jenis produk seperti barangan kering keperluan dapur,barangan basah,makanan ,minuman dan sebagai nya. Beliau juga menjual makanan frozen dan lauk. Saya berharap perniagaan beliau dikenali ramai dan  bertambah maju. Beliau selalu datang ke Pusat Internet Kg Bukit Rang untuk memasukkan produk beliau dalam dashboard (my shop).

 

          Sarina Bt Mohamed salleh atau lebih di kenali penduduk setempat dengan panggilan “Cik Naa” merupakan salah seorang ahli PI  Kg Bukit Rang yang mengusahakan perkhidmatan urutan tradisional dan sauna herba. Pusat perkhidmatan beliau di kenali sebagai “D’LEMPOYANG SPA & SAUNA HERBA”. Beliau mempunyai 3 tahun kemahiran dalam bidang ini. D’lempoyang Spa & Sauna herba ini terletak di Lot 9298 Bukit Rang 2 Pulau Tawar dan terletak 500M dari PI Bukit Rang. Selain itu, beliau juga menghasilkan produk berasaskan herba iaitu jus lempoyang. Semoga D’lempoyang Spa & Sauna Herba beliau terus berkembang maju dan terkenal di seluruh Malaysia. Beliau selalu datang ke Pusat Internet untuk memasukkan gambar produk ke dalam dashboard (my shop).