Lokasi : Lot 183, Kg Baharu Ulu Teh, 27000 Jerantut, Pahang.
 
Utk pertanyaan atau tempahan :-
 
1. Syahputera - 01117909508
2. Shahrullah - 0192255541
 
Use Waze to drive to WongGanTeng CampSite, Jalan Ulu Teh, Jerantut: https://waze.com/ul/hw28wr0fuw
 

Lokasi di Kg Koi Ulu Cheka, kira kira 30 km dari Bandar Jerantut.

Sungai Rengat adalah salah satu daripada tarikan terbaru untuk pengunjung bermandi manda dengan kesejukan serta kejernihan air sungai dari kaki gunung, berkhemah, serta bermalam di beberapa homestay/rumah penginapan di sini.

Namun dari jalan besar, pengunjung perlu melalui jalan tidak bertar melalui kebun sawit dan getah kira kira 20 minit lagi. Sebaiknya perlu kenderaan lasak.

 

Sumber : Tourism Pahang,Berita Pahang

 

'Taman Rekreasi Air Kg Binjai'  terletak di Kg Binjai Jerantut. Ia telah jadi satu kawasan rekreasi air bagi warga Jerantut untuk beriadah di hujung minggu.

Banyak  aktiviti yang dapat dilakukan disini seperti bermain 'paddle boat', kanoe, berakit serta 'Zolbing Ball'.

Pengunjung-pengunjung yang meminati aktiviti memancing juga boleh melakukannya disini. Terdapat banyak kolam-kolam yang menawarkan aktiviti memancing dengan bayaran yang berpatutan.

 

 

Kebenaran rentas negeri disusuli pembukaan pusat rekreasi dan riadah memberikan peluang peminat sukan ekstrem kembali beraksi setelah hampir dua tahun suram akibat penularan pandemik Covid-19 serta pematuhan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ia juga menarik nafas lega dan perasaan gembira dalam kalangan pengusaha dan penggiat pusat sukan atau aktiviti ekstrem di Pahang kerana dapat beroperasi semula berasaskan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan amalan norma baharu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengurus Via Ferrata Tasik Hati Kota Gelanggi, Wan Ruhaiza Wan Daud berkata, pusat rekreasi itu mula menerima kunjungan peminat sukan ekstrem untuk mengisi waktu cuti dan hujung minggu sejak dibuka bulan lalu.

Menurutnya, kini kawasan itu dibanjiri ramai penggiat dan peminat sukan lasak pada setiap hari dan hujung minggu untuk menyertai aktiviti mendaki via ferrata (laluan gunung yang merangkumi beberapa siri anak tangga (besi), rel dan kabel yang melekap pada permukaan batu), zipline, berkhemah dan berkayak serta berenang di Tasik Hati.

“Kawasan riadah ini asalnya daripada sebuah kuari yang terbiar sejak 1991 lalu saya bangunkan untuk kemudahan aktiviti mendaki, zipline dan berkayak di tasik berdekatan memandangkan gua batu kapur Kota Gelanggi sangat berpotensi untuk dimajukan bagi bidang sukan ekstrem dan pelancongan.

“Lerengan bukit batu kapur ini yang membentuk via ferrata amat sesuai untuk aktiviti pendakian setinggi 200 meter antara yang tertinggi di Malaysia, manakala zipline sepanjang 202 meter dengan ketinggian 50 meter cukup mengujakan peminat dan pengunjung,” katanya di sini semalam.

Menurut Wan Ruhaiza, penggiat dan peminat sukan ekstrem juga boleh menyertai aktiviti berkayak dan berenang di Tasik Hati berdekatan bukit batu kapur berkenaan yang berkeluasan 25×25 meter serta kedalamannya kira-kira lima meter.

Katanya, pengunjung yang menyertai aktiviti di pusat rekreasi tersebut dibantu oleh lima orang tenaga sukan ekstrem yang mahir dan berpengalaman serta penggunaan peralatan yang lengkap untuk mendaki, kayak, jaket keselamatan dan sebagainya.

“Semua aktiviti ekstrem di sini di bawah peraturan SOP dengan memastikan pematuhan penjarakan fizikal, saringan suhu badan, catatan buku kehadiran atau cerapan MySejahtera berasaskan amalan norma baharu yang juga dipantai oleh pihak berkuasa beruniform,” katanya.

Selanjutnya Wan Ruhaiza menjelaskan tambahan daripada pakej rekreasi di Via Ferrata Tasik Hati itu, dia juga menawarkan aktiviti eksplorasi Gua Bersejarah Taman Warisan Kota Gelanggi, berkayak sejauh lapan kilometer di Sungai Pahang dan perkhemahan berdekatan gua batu kapur tersebut.

Beliau bersyukur kerana kebenaran rentas negeri dalam fasa pemulihan pandemik Covid-19 ini membolehkan semua penggiat sukan ekstrem kembali bernafas semula malah keselesaan bagi peminat dan pengunjung yang ‘bosan’ akibat lama memerap di rumah hampir dua tahun dapat kembali aktif semula.

Ujarnya, peminat sukan lasak dikenakan bayaran penyertaan untuk kategori, iaitu Pakej Pertama bagi semua aktiviti sebanyak RM125, manakala bagi Pakej Perseorangan bolehlah memilih aktiviti tertentu juga kadar bayaran berpatutan dengan menghubungi Wan Ruhaiza menerusi menerusi talian 0199885670 atau alamat email Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.. -UTUSAN ONLINE

 

Sumber : Utusan Malaysia

LINK : https://www.utusan.com.my/nasional/komuniti/2021/11/aktiviti-sukan-lasak-via-ferrata-kota-gelanggi-pulih/

FB : Via Ferrata Tasik Hati

 

Jerantut Hill Resort is a beautiful and spacious 3-star hotel wholly owned by Perdana Restu Sdn.Bhd. It is situated on high ground; allows you to relax in breezy, quiet and peaceful atmosphere amidst lush greenery. You can enjoy the panoramic view of the surroundings including Jerantut Town. The Resort is conveniently located 1.5km away from the main town of Jerantut, just minutes away from the Taxi & Bus Station .Beyond the comfort of the bed, the beauty of the flowers, or the serenity of the environment, it's the people of Jerantut Hill resort who make each experience so remarkable.