Gua Kota Gelanggi merupakan pusat pelancongan berasaskan rekreasi 'outdoor' bagi mereka yang mahukan cabaran, ketenangan dan misteri. Terdapat 7 buah gua di Gua Kota Gelanggi yang dipanggil dengan nama kota iaitu Kota Tongkat, Kota Kepayang, Kota Rehut, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Jin dan Kota Balai. Gua Kota Gelanggi banyak dikaitkan dengan mitos-mitos seperti sang kelembai, orang bunian,ular jadian dan kota tersembunyi. Tidak dapat dipastikan kebenaran cerita tersebut tetapi perkara seperti itu lah yang menjadikan ia sebuah tempat yang harus dilawati oleh pelancong.
http://bktrang.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi#sigFreeIde74f6e5d9b