ASAL-USUL PULAU TAWAR

 

Pulau Tawar merupakan sebuah mukim yang terletak di tebing Sungai Pahang di daerah Jerantut, Pahang, Malaysia. Ramai yang keliru antara Mukim Pulau Tawar dan Kg Pulau Tawar .

Secara amnya bila merujuk kepada Mukim Pulau Tawar ia adalah gugusan kampung-kampung dan felda yang ada di dalam Mukim Pulau Tawar itu sendiri . Sementera itu bila merujuk kepada DUN Pulau Tawar ia lebih meluas merankumi gugusan Felda Gelanggi , gugusan Felda Lepar Utara dan sebahagian gugusan Felda Jengka

Tetapi jika merujuk kepada Kampung Pulau Tawar , ia adalah sebuah wilayah yang mengelilingi sebuah kawasan Paya yang luas iaitu Paya Kangsa . Kampung-kampung di sekeliling Paya Kangsa inilah yang lebih layak sebagai Kg Pulau Tawar yang asal .

Kampung-lampung yang terletak berhampiran Pulau Tawar

Kg Pulau Tawar
Kg Kedondong
Kg Kubang Sekendal
Kg Bandar
Kg Perian
Kg Bukit Rang
Kampung Bukit Rang Jaya
Kg Kempot
Kg Merbau
Kuala Salan
Kg Paya Tak Untung
Kg Masjid

 

SALASILAH

Keturunan masyarakat Kampung Pulau Tawar itu pada asalnya dari pelbagai tempat . Ianya akibat migrasi penduduk dari sekitar Tanah Melayu dan Nusantara yang akhirnya membentuk masyarakat asal di Kampung Pulau tawar ini sejak dari 500 tahun dahulu . Adalah dipercayai masyarakat asal Pulau tawar adalah dari keturunan Minangkabau dari Pagar Ruyong yang berhijrah ke Pulau Tawar sekitar 400-500 tahun dahulu . Kemudian berlaku perkhawinan campur dengan masyarakt lain sperti dari Jambi , Terengganu , Johor dan Kelantan yang akhirnya kini membentuk budaya dan bahasa masyarakat Pulau Tawar.

 

PETA KG BUKIT RANG,PULAU TAWAR

 

peta

 

SUMBER : www.google.com.my/maps

 

 

PARLIMEN JERANTUT P.081

IR KHAIRIL

YB. Ir. Ts Haji Khairil Nizam Bin Khairudin

 

ADN PULAU TAWAR N.11

YB YOHANIS

YB Ustaz Yohanis Bin Ahmad

 

Sumber : https://pdtjerantut.pahang.gov.my/info-daerah/parlimen-dan-dun

 

PEGAWAI DAERAH

DO

Sumber : https://pdtjerantut.pahang.gov.my/profil-jabatan/pegawai-pegawai-kanan

 

PENGHULU MUKIM PULAU TAWAR

 

amir hamzah

Encik Amir Hamzah bin Othman

 

Sumber : https://pdtjerantut.pahang.gov.my/info-daerah/penghulu