Penurunan selera makan sangat lazim berlaku dalam kalangan warga emas disebabkan oleh beberapa faktor seperti perubahan deria rasa dan bau seiring dengan penuaan, ketidakmampuan mengunyah, tinggal berseorangan, menghidapi penyakit, kesan ubat-ubatan dan sebagainya.

Penurunan selera makan boleh memudaratkan kesihatan warga emas kerana mereka berisiko mengalami kekurangan zat makanan dan penyusutan otot yang akan mempengaruhi kualiti hidup.

Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan untuk meningkatkan selera makan dalam kalangan warga emas agar kesihatan mereka berada pada tahap optimum.

 

Sumber : https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

 

TIP MENGGALAKKAN WARGA EMAS MAKAN