TARIKH : 16 APRIL 2023 ( AHAD )

MASA : 8.00 PAGI

TEMPAT : MASJID KG BUKIT RANG

ANJURAN : PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN (WI ) DAERAH JERANTUT,KRT  BUKIT RANG  & PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH JERANTUT

AKTIVITI : AGIHAN BUBUR LAMBUK KEPADA PENDUDUK KG BUKIT RANG PULAU TAWAR & DAERAH JERANTUT

Komuniti wanita di Pulau Tawar telah mewujudkan aktiviti-aktiviti keagamaan sebagai suatu kewajiban di setiap minggu. Aktiviti-aktiviti seperti belajar mengaji, majlis khatam Al-Quran dan latihan berzanji diadakan setiap minggu pada hari rabu di perpustakaan kemas Pulau Tawar. Aktiviti seperti ini biasanya disertai oleh ibu-ibu tunggal dan suri rumah menjadikan ia aktif setiap minggu.

Di samping itu, pada majlis-majlis kenduri juga turut diselitkan dengan aktiviti seperti marhaban, berzanji dan bernasyid yang melibatkan komuniti ini. Walaubagaimanapun dilihat masih kurang penyertaan dari golongan wanita yang lebih muda dalam aktiviti seperti ini. Hal ini menjadikan kurangnya golongan-golongan yang akan menjadi pelapis untuk aktiviti seperti ini. Semoga lebih ramai golongan muda yang berminat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti seumpama ini di masa hadapan.