Kemudahan asas merupakan perkara yang penting kepada sesebuah masyarat bagi memastikan keselesaan komuniti dalam kehidupan seharian. Ia adalah untuk memudahkan dan membantu komuniti di samping mengurangkan bebanan masa yang dihabiskan oleh komuniti meneruskan perjalanan kehidupan. Bagi penduduk di Pulau Tawar pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan penduduk setempat. Antaranya ialah jalan raya yang diturap memudahkan perjalanan penduduk setempat ke bandar berhampiran. Sesetengah alan di dalam kampung juga telah diturap baru bagi memastikan keselesaan penduduk menggunakannya berbanding jalan yang dahulu tidak begitu sempurna.

Selain itu beberapa masjid dan surau juga telah dibina memudahkan penduduk kampung berhampiran menunaikan ibadat dan tanggungjawab agama. Padang futsal juga disediakan bagi aktiviti sukan untuk komuniti. Padang futsal dibina bersebelahan dewan memudahkan lagi aktiviti-aktiviti riadah komuniti. Perpustakaan Desa dan Pusat Sumber Kemas juga membantu penduduk menimba ilmu dan mencari maklumat. Tidak dilupakan Pusat Internet yang disediakan menjadi tumpuan penduduk dalam menimba ilmu mengikut arus teknologi masa kini.

 

IMG02132-20121020-1756  smk pulau tawar 2006 020

Masjid Bukit Rang

 

-  Terletak di Kampung Perian

- Jemaah masjid datang dari sekitar Kg Perian , Kg Putat dan dari Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar

 

 

 

- Terletak di Kampung Bukit Rang

  • - Jemaah dari sekitar Kampung Bukit Rang