USAHAWAN ONLINE KASUT

 

 Nama : Nor Anita Bt Mat Sani

 Umur : 33 Tahun

 Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Anita merupakan penduduk Kampung Perian dan merupakan seorang usahawan online kasut khususnya perniagaan secara dropship.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan beliau adalah tidak menentu

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Beliau menggunakan medan ICT di NADI Kg Bukit Rang untuk mempromosikan kasut .Beliau menggunakan akaun Facebook sendiri untuk mempromosikan produk beliau melalui online.

USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI KEROPOK IKAN PATIN

 

 Nama : Saharudin Anuar Bin Sulaiman

 Umur : 30 Tahun

 Ahli : 2009

 

Latar belakang

En Saharudin Anuar mengusahakan produk  industri   asas tani  berasaskan keropok iaitu Keropok Ikan Patin  . Keropok Ikan Patin dari idea Kolej Komuniti Jerantut berjaya menjadi pilihan sebagai inovasi produk kerana sebelum ini kebanyakan keropok berasaskan ikan air masin tetapi keropok ikan patin ini berasaskan ikan air tawar iaitu ikan patin

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah tidak menentu

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Kg. Bukit Rang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara  mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.

13055536 1700894650177660 6214142339073719555 n

 

 

BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

 Nama : Muhammad Harith Ihtisyam Bin Mohd Rozi

 Umur   : 14 Tahun

 Ahli : 2015

 

Latar belakang

Muhammad Harith Ihtisyam Bin Mohd Rozi merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar yang masih belajar dan berada di Tingkatan 2.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Pengetahuan perisian komputer sangat lemah dan tidak tahu menggunakan sebarang aplikasi yang ada untuk membantu dalam mengulangkaji pelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti beberapa kelas yang diadakan di PEDi, pengetahuan ICT meningkat dan sudah boleh melakukan pencarian bahan ilmiah di internet sendiri di samping menggunakan perisian Microsoft Office Word dalam melakukan kerja sekolah

USAHAWAN KECIL D’LEMPOYANG SPA & SAUNA HERBA

 

 Nama : Sarina Bt Mohamed Salleh

 Umur : 44 Tahun

 Ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Sarina Bt Mohamed salleh mengusahakan perkhidmatan urutan tradisional dan sauna herba. Pusat perkhidmatan beliau di kenali sebagai “D’Lempoyang Spa & Sauna Herba”. Beliau mempunyai 3 tahun kemahiran dalam bidang ini

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

 

Sebelum melibatkan diri dalam latihan ICT ,beliau tidak mempunyai  pengetahuan yang banyak dalam bidang ini.Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Kg. Bukit Rang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan spa & sauna  beliau . Beliau selalu datang ke NADI untuk mempelajari cara-cara mengiklankan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara dapat mengenali perkhidmatan  beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.Melalui penglibatan NADI ini,pengetahuan beliau terhadap ICT semakin bertambah. 

 

BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

 

 Nama : Muhammad Wafi Afnan Bin Zaharudin

 Umur   : 15 Tahun

 Ahli : 2015

 

Latar belakang 

Muhammad Wafi Afnan Bin Zaharudin merupakan pelajar Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar yang masih belajar dan berada di Tingkatan 3.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

 Sebelum melibatkan diri di PEDi,beliau kurang mahir menggunakan microsoft word. Pengetahuan perisian komputer sangat lemah dan tidak tahu menggunakan sebarang aplikasi yang ada untuk membantu dalam mengulangkaji pelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti beberapa kelas yang diadakan di PEDi, pengetahuan ICT meningkat dan sudah boleh melakukan pencarian bahan ilmiah di internet sendiri di samping menggunakan perisian Microsoft Office Word dalam melakukan kerja sekolah