USAHAWAN KECIL D’LEMPOYANG SPA & SAUNA HERBA

 

 Nama : Sarina Bt Mohamed Salleh

 Umur : 44 Tahun

 Ahli : 2014

 

Latar belakang

Puan Sarina Bt Mohamed salleh mengusahakan perkhidmatan urutan tradisional dan sauna herba. Pusat perkhidmatan beliau di kenali sebagai “D’Lempoyang Spa & Sauna Herba”. Beliau mempunyai 3 tahun kemahiran dalam bidang ini

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

 

Sebelum melibatkan diri dalam latihan ICT ,beliau tidak mempunyai  pengetahuan yang banyak dalam bidang ini.Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Kg. Bukit Rang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perkhidmatan spa & sauna  beliau . Beliau selalu datang ke NADI untuk mempelajari cara-cara mengiklankan dan mempromosikan produk dan perkhidmatan beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara dapat mengenali perkhidmatan  beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.Melalui penglibatan NADI ini,pengetahuan beliau terhadap ICT semakin bertambah.