USAHAWAN MEMPROSES DAN MENJUAL PRODUK IKS


 Nama : Jamaliah bt Zakaria

 Umur : 51 Tahun

 Ahli : 2009

 

Latar belakang

Syarikat Jamaliah Zakaria adalah syarikat yang menjalankan perniagaan pemprosesan makanan. Syarikat mula beroperasi pada tahun 2003 secara kecil-kecilan di rumah sendiri iaitu di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut. Pada tahun 2005, syarikat telah beroperasi di bawah  Jabatan Pertanian di Bengkel Usahawan Asas Tani, Pusat Pertanian Bukit Rang, Pulau Tawar, Jerantut. Pada awal tahun 2011, syarikat telah beroperasi di bengkel KKLW bersebelahan bengkel lama sehingga sekarang.Syarikat ini mengunakan jenama Mak Tam bagi semua produk yang dikeluarkan. Jenama Mak Tam ini telah di reka bentuk oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada tahun 2009.Antara produk yang dihasilkan adalah bahulu, bahulu chocolate rice, maruku, jejari ikan bilis, kuih tiram, kek marble, biskut badam, manik urai (biskut sarang semut) dan produk usahawan lain yang pelbagai jenis. Pasaran produk yang dihasilkan adalah secara jualan terus di bengkel pemprosesan, karnival, kedai-kedai sekitar Jerantut, mesyuarat persatuan serta cenderahati bagi majlis perkahwinan dan seminar.Syarikat telah dibantu oleh beberapa agensi yang memberi sokongan dan bimbingan dalam memajukan lagi perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan berada di bawah RM 1000

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas beliau menggunakan ICT bagi belajar cara mempromosikan produk beliau secara atas talian produk beliau lebih diketahui ramai dan pembeli bukan saja terdiri dari komuniti setempat tetapi lebih meluas. Beliau sudah mempunyai laman-laman beliau sendiri yang digunakan bagi mempromosikan produk beliau.

 USAHAWAN BUBBLE CHOCO CRUNCHY

 

 Nama : Siti Fatihah Binti Rosli

 Umur : 30 Tahun

 Ahli : 2009

 

Latar belakang

Puan Siti Fatihah  telah menjalankan perniagaan bubble choco crunchy di sekitar Kg Bukit Rang Pulau Tawar. Beliau memulakan perniagaan beliau pada tahun 2015. Pada mulanya,beliau berniaga secara kecil-kecilan sahaja dan menjual bubble biasa sahaja dan sekarang beliau mempelbagaikan produk beliau dengan pelbagai topping. Selepas menghadiri kelas di NADI Kg Bukit Rang,perniagaan beliau semakin di kenali ramai dan berkembang maju

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan beliau tidak menentu

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Kg. Bukit Rang, beliau kini telah memiliki page facebook sendiri dan akaun  instagram yang dapat mempromosikan hasil jualan   dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara  mengetahui produk jualan beliau melalui page facebook dan akaun instagram tersebut.

USAHAWAN MASTER BURGER BAKAR

 Nama : Norfadlina Bt Mohd Salim

 Umur : 26 Tahun

 Ahli : 2018

 

 Latar belakang

Puan Norfadlina telah menjalankan perniagaan burger bakar di sekitar Kg Bukit Rang Pulau Tawar. Beliau memulakan perniagaan beliau pada bulan September 2017. Pada mulanya,beliau berniaga burger biasa secara kecil-kecilan sahaja,tetapi selepas menghadiri kelas di NADI Kg Bukit Rang,perniagaan beliau semakin di kenali ramai dan berkembang maju 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan beliau sebulan sekitar 700-1000.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Kg. Bukit Rang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan   dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara  mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan beliau sekarang mencecah 2000-3000 sebulan.

USAHAWAN KEDAI RUNCIT & PENIAGA ONLINE

 Nama : Lina Bt Md Ali

 Umur : 33 Tahun

 Ahli    : 2018

 

Latar belakang

Puan Lina menjalankan perniagaan kedai runcit di sekitar Kg Bukit Rang Pulau  Tawar. Beliau juga menjalankan perniagaan secara online. Beliau memulakan perniagaan beliau pada tahun lepas. Pada mulanya,beliau berniaga secara kecil-kecilan sahaja,tetapi selepas menghadiri kelas di NADI Kg Bukit Rang,perniagaan beliau semakin berkembang maju dan sudah di kenali ramai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan beliau sebulan tidak menentu

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Kg. Bukit Rang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan   dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara  mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut.

 

 

USAHAWAN KEDAI RUNCIT

 

 Nama : Nurur Hanani Bt Mohammed Ariff

 Umur : 24 Tahun

 Ahli : 2010

 

Latar belakang

Puan Nurur hanani menjalankan perniagaan kedai runcit di sekitar Kg Bukit Rang Pulau  Tawar. Di kedai beliau terdapat pelbagai jenis barangan dan makanan frozen. Beliau memulakan perniagaan beliau pada tahun lepas. Pada mulanya,beliau berniaga secara kecil-kecilan sahaja,tetapi selepas menghadiri kelas di NADI Kg Bukit Rang,perniagaan beliau semakin berkembang maju dan sudah di kenali ramai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan beliau sebulan tidak menentu

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Kg. Bukit Rang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan   dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara  mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut.