USAHAWAN MASTER BURGER BAKAR

 Nama : Norfadlina Bt Mohd Salim

 Umur : 26 Tahun

 Ahli : 2018

 

 Latar belakang

Puan Norfadlina telah menjalankan perniagaan burger bakar di sekitar Kg Bukit Rang Pulau Tawar. Beliau memulakan perniagaan beliau pada bulan September 2017. Pada mulanya,beliau berniaga burger biasa secara kecil-kecilan sahaja,tetapi selepas menghadiri kelas di NADI Kg Bukit Rang,perniagaan beliau semakin di kenali ramai dan berkembang maju 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan beliau sebulan sekitar 700-1000.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh NADI Kg. Bukit Rang, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan hasil jualan   dan produk beliau. Pelanggan beliau dari seluruh Negara  mengetahui produk jualan beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan beliau sekarang mencecah 2000-3000 sebulan.