USAHAWAN MEMPROSES DAN MENJUAL PRODUK IKS


 Nama : Jamaliah bt Zakaria

 Umur : 51 Tahun

 Ahli : 2009

 

Latar belakang

Syarikat Jamaliah Zakaria adalah syarikat yang menjalankan perniagaan pemprosesan makanan. Syarikat mula beroperasi pada tahun 2003 secara kecil-kecilan di rumah sendiri iaitu di Kampung Kedondong, Pulau Tawar, Jerantut. Pada tahun 2005, syarikat telah beroperasi di bawah  Jabatan Pertanian di Bengkel Usahawan Asas Tani, Pusat Pertanian Bukit Rang, Pulau Tawar, Jerantut. Pada awal tahun 2011, syarikat telah beroperasi di bengkel KKLW bersebelahan bengkel lama sehingga sekarang.Syarikat ini mengunakan jenama Mak Tam bagi semua produk yang dikeluarkan. Jenama Mak Tam ini telah di reka bentuk oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia pada tahun 2009.Antara produk yang dihasilkan adalah bahulu, bahulu chocolate rice, maruku, jejari ikan bilis, kuih tiram, kek marble, biskut badam, manik urai (biskut sarang semut) dan produk usahawan lain yang pelbagai jenis. Pasaran produk yang dihasilkan adalah secara jualan terus di bengkel pemprosesan, karnival, kedai-kedai sekitar Jerantut, mesyuarat persatuan serta cenderahati bagi majlis perkahwinan dan seminar.Syarikat telah dibantu oleh beberapa agensi yang memberi sokongan dan bimbingan dalam memajukan lagi perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Pendapatan bulanan berada di bawah RM 1000

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas beliau menggunakan ICT bagi belajar cara mempromosikan produk beliau secara atas talian produk beliau lebih diketahui ramai dan pembeli bukan saja terdiri dari komuniti setempat tetapi lebih meluas. Beliau sudah mempunyai laman-laman beliau sendiri yang digunakan bagi mempromosikan produk beliau.