USAHAWAN SHOPEE

 

 Nama : Suriana Binti Tajaruddin

 Umur : 33 Tahun

 Ahli : 2010

 

Latar belakang

Puan Suriana Binti Tajaruddin merupakan seorang usahawan yang menjual pakaian bundle. Beliau tinggal di Kota Gelanggi tetapi sering ke NADI Kg Bukit Rang untuk menghadiri kelas-kelas yang melibatkan keusahawanan. Beliau selalu datang ke NADI Kg Bukit Rang untuk mencetak waybill shopee.Beliau mula menjadi ahli NADI Kg Bukit Rang pada 18 July 2010. Beliau merupakan ibu kepada tiga orang anak. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Kisah perniagaan beliau bermula selepas wabak Covid 19, pada ketika itu NADI Kg Bukit Rang mengadakan Kelas Keusahawanan dengan mengajar platform Shopee. Beliau nekad untuk memulakan perniagaan dengan berniaga secara dalam talian demi membantu suami mencari pendapatan lebih. Beliau telah mempunyai akaun Shopee tetapi tidak mendaftar sebagai seller dan tidak pandai menggunakan Shopee Seller.

Beliau juga tidak tahu bagaimana cara untuk memasarkan baju bundle agar mendapat sambutan. Sebelum memulakan perniagaan di dalam Shopee, beliau hanya berniaga di dalam Whatsapp dengan update gambar-gambar baju di Status Whatsapp sahaja dan juga turut memasarkan baju-baju bundle di dalam platform Facebook dan Instagram.

Purata pendapatan beliau sebelum berniaga di dalam Shopee ialah lebih kurang RM100 – RM200 sahaja dan tidak tetap kerana kurangnya permintaan dan pelanggan. Kedai-kedai di media social yang lain juga kurang mendapat sambutan, jadi agak sukar untuk beliau meraih pendapatan yang tetap. Beliau juga merupakan seorang dropshipper barangan pakaian yang lain seperti baju-baju kurung, blouse-blouse dan tudung-tudung.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI

Selepas mengikuti kelas-kelas keusahawanan yang dijalankan di NADI Kg Bukit Rang, beliau telah pandai menggunakan platform Shopee. Beliau tahu bagaimana cara memasukkan gambar produk di dalam platform tersebut. Banyak topik-topik keusahawanan yang diajar, antaranya beliau diajar cara untuk membuat pengiklanan baju-baju bundle, memasukkan harga dengan betul, mencipta description produk dengan lebih teratur.

Beliau juga pandai meniaga secara live menggunakan platform Shopee untuk membuat lelongan baju-baju bundle. Semakin hari, customer semakin bertambah dan jumlah pengikut juga semakin bertambah. Selain itu, beliau kini berjinak-jinak menggunkan Tiktok Seller untuk menjual baju-baju bundle beliau. Beliau juga telah pandai mengambil gambar produk dengan baik dan jelas.

Selepas meniaga di dalam platform Shopee, sedikit sebanyak pendapatan beliau bertambah dan perniagaan pakaian bundle beliau semakin dikenali ramai. Kini, beliau berjaya meraih pendapatan sehingga mencecah RM500 ke atas hasil usaha titik peluh beliau.