Terdapat sesetengah masyarakat beranggapan bahawa peti sejuk merupakan tempat yang selamat untuk menyimpan makanan.
Hakikatnya, makanan yang disimpan dalam peti sejuk juga boleh rosak dan berpotensi menjadi punca jangkitan kuman kepada pengguna.
Oleh itu, pengguna disarankan untuk mematuhi cara penyimpanan makanan yang betul ke dalam dalam peti sejuk serta sentiasa menitikberatkan kebersihan peti sejuk bagi mengelakkan keracunan makanan dalam kalangan pengguna.
Sumber : https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia
Hai semua.
Anda tahu apa maksud X-Break ??
X-Break adalah aktiviti fizikal atau regangan ringkas yang dilaksanakan dalam masa 3-5 minit setelah duduk yang lama melebihi 2 jam.
Dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022 dalam kalangan remaja menunjukkan 2 daripada 3 remaja mengamalkan aktiviti sedentari.
Jadi, mari kita berubah dengan mengaktifkan diri setiap hari. Jom buat X-Break.
Sejak kebelakangan ini, terdapat beberapa kawasan di Malaysia yang dilanda cuaca panas dengan suhu yang tinggi.
Keadaan cuaca panas juga memberi kesan terhadap kesihatan seseorang seperti meningkatkan risiko strok haba jika seseorang terdedah dengan keadaan ini secara berterusan.
Orang ramai disarankan untuk mengikuti tip kekal sihat pada musim panas seperti mengurangkan pendedahan terhadap cuaca panas dan menjaga pemakanan untuk memastikan tahap kesihatan yang optimum.
Tidur sangat penting untuk memastikan kesihatan seseorang individu berada pada tahap yang optimum .
Tidur yang cukup dapat memberikan tenaga serta membantu kita untuk fokus dan kekal cergas sepanjang hari.
Oleh itu, untuk mendapat tidur yang cukup, lakukan perkara berikut :
2). Elakkan melihat skrin televisyen/telefon
3) Elakkan ambil makanan dan minuman berkafein atau bergula
Pholcodine adalah sejenis ubat bagi mengawal dan menghentikan batuk jenis kering (non-productive/dry, irritating) dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak.
Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan arahan panggil balik kepada semua produk berdaftar yang mengandungi pholcodine. Perkara ini adalah berikutan pengambilan pholcodine boleh menyebabkan risiko berlakunya anaphylaxis (reaksi alahan yang serius) dengan penggunaan neuromuscular blocking agents (NMBAs).