Penurunan selera makan sangat lazim berlaku dalam kalangan warga emas disebabkan oleh beberapa faktor seperti perubahan deria rasa dan bau seiring dengan penuaan, ketidakmampuan mengunyah, tinggal berseorangan, menghidapi penyakit, kesan ubat-ubatan dan sebagainya.

Penurunan selera makan boleh memudaratkan kesihatan warga emas kerana mereka berisiko mengalami kekurangan zat makanan dan penyusutan otot yang akan mempengaruhi kualiti hidup.

Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan untuk meningkatkan selera makan dalam kalangan warga emas agar kesihatan mereka berada pada tahap optimum.

 

Sumber : https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

 

TIP MENGGALAKKAN WARGA EMAS MAKAN

Pencemaran silang adalah pergerakan fizikal atau pemindahan bakteria berbahaya dari orang, bahan mentah atau kawasan yang kotor ke makanan yang siap dimasak atau makanan yang dimakan terus.
 
Pengendali atau pekerja yang tidak menjaga kebersihan peralatan penyediaan makanan boleh menyebabkan pencemaran silang.
 
Pencemaran silang juga boleh berlaku di rumah semasa kita menyediakan makanan di dapur. Peralatan seperti papan pemotong boleh menjadi medium untuk pencemaran silang berlaku.
 
 
 
ELAKKAN PENCEMARAN SILANG
  • Kerap alami masalah “angin” dalam perut merupakan petanda anda alami masalah penghadaman.

 

  1. Untuk mencegah masalah ini, anda perlu:

 

  • “Mengaktifkan” pergerakan usus dengan aktif melakukan senaman dan aktiviti fizikal.

 

  • Bantu makanan untuk dihadamkan dengan cepat dengan mengunyah makanan dan makan dengan perlahan.

 

  • Elakkan sembelit dengan memastikan anda ambil makanan kaya fiber dan minum air secukupnya.

 

  • Ambil makanan kaya probiotik.

 

  • Pilih makanan yang menggunakan minyak yang sedikit dengan menggunakan kaedah memasak dengan cara merebus atau kukus.
  1.  

Sumber : https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia

 

ANGIN

 

 

Buah-buahan  dan sayur-sayuran  sering dikenali sebagai makanan yang baik untuk kesihatan dan tubuh badan. Namun, buah dan sayur sebenarnya membantu dalam mencegah penyakit dan dapat meningkatkan daya tahan badan.
Pelbagai buah dan sayur dalam pengambilan makanan harian dapat membantu memenuhi keperluan vitamin dan mineral dalam tubuh badan.
Buah dan sayur boleh diambil dengan pelbagai cara mengikut selera dan kreativiti anda dalam menyediakan makanan. Kebiasaannya, buah-buahan akan diambil terus sebagai snek atau pembuka selera.
Sayur-sayuran pula boleh dimakan mentah untuk dijadikan ulam-ulaman. Sesetengahnya dimasak dan dicampurkan bersama kumpulan makanan yang lain seperti ayam , daging , ikan  dan kekacang untuk dijadikan sebagai hidangan.
Walau bagaimanapun, bagi anda yang menghidapi diabetes, pengambilan buah-buahan perlu dikawal dan mengikut saranan yang ditetapkan.
Jantung 🫀berfungsi mengepam darah ke seluruh tubuh badan kita. Jika berlaku sebarang kerosakan pada jantung, banyak bahagian dalam tubuh badan kita akan turut terjejas. Inilah sebabnya kita perlu jaga serta pelihara kesihatan jantung dan kardiovaskular.
Penyakit jantung yang berlainan akan memberikan gejala yang berlainan. Terdapat perbezaan antara keadaan jantung terhenti dan serangan jantung.
Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, tindakan pantas perlu diambil bagi menyelamatkan nyawa.
 
 
 
PERBEZAAN JANTUNG TERHENTI DAN SERANGAN JANTUNG