HFMD

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;

2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.

3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;

4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;

5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan

6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

Sekian, harap maklum.

Bagi kemudahan kesihatan, terdapat Klinik Desa Sg Putat yang terletak bersebelahan dengan Pusat Internet . Selain itu terdapat juga Klinik Kesihatan Jengka 8 yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar. Disenaraikan alamat dan nombor telefon untuk dihubungi jika berlaku sebarang kecemasan.

Klinik Desa Sungai Putat,
Pulau Tawar,
27050 Jerantut
09-471 7040

 

 

 

Klinik Kesihatan Jengka 8,
26400 Jengka 8,
Jerantut,
Pahang

Tel: 09-2081555

 

Hospital Daerah Jerantut
27000, Bandar Jerantut
Jerantut, Pahang Darul Makmur

No. Tel. : 09- 2663333, 09-2663334, 09-2665928, 09-2661296.

No. Tel. (Talian Terus Unit Kecemasan & Kemalangan) : 09-2662333, 09-2661744

No. Faks : 09-2661462 (Pejabat Pentadbiran)
09-2661590 (Stor Farmasi)
09-2663116 (Unit Kemalangan & Kecemasan)

Emel Rasmi Hospital: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Cara yang terbaik untuk mencegah jangkitan influenza adalah dengan mendapatkan vaksinasi secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan dan ke atas di kebanyakan fasiliti kesihatan swasta. 

Selain dari mendapatkan vaksin influenza, lain-lain langkah pencegahan yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

 

LANGKAH PENCEGAHAN INFLUENZA