JANGAN LEKA, SENTIASA WASPADA.
Jangan wujudkan gelombang baru COVID-19 di Pahang.
Jika bergejala, jangan balik kampung dahulu. Pastikan benar-benar sihat sebelum meneruskan niat untuk balik kampung.
Ayuh kita PATUH SOP yang telah ditetapkan supaya semua Daerah di Negeri Pahang kembali kepada Zon Hijau. Usaha ini hanya akan berjaya dengan kerjasama daripada semua pihak.
Bersama amalkan norma baharu bagi mendepani cabaran COVID-19 yang masih ada dalam komuniti kita.
JANGAN MENJANGKITI DAN JANGAN DIJANGKITI
PERINGATKAN AHLI KELUARGA KITA.. PERINGATKAN ORANG YANG KITA SAYANG
Pemakaian pelitup muka untuk kita saling melindungi daripada risiko jangkitan COVID-19.
“Saya pakai, anda pakai, tanggungjawab kita bersama”. Jangan leka dan alpa, kita masih belum menang.
Orang ramai digesa agar terus patuh kepada Prosedur Standard Operasi (SOP) dan amalkan norma baharu dalam usaha mencegah penularan jangkitan COVID-19 melalui amalan penjarakan fizikal yang selamat (physical distancing) iaitu 1 meter antara individu, kerap menjaga kebersihan tangan dengan mencuci tangan dengan air dan sabun atau guna 'hand sanitizer' serta pemakaian alat pelitup muka (facemask).
Hanya dengan kerjasama semua lapisan dan peringkat masyarakat kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
BERSAMA-SAMA KITA PUTUSKAN RANTAIAN JANGKITAN COVID-19.