Sekiranya anda mengalami sebarang reaksi / gejala alahan (AEFI) selepas suntikan dos penggalak, laporkan ke dalam aplikasi MySejahtera.
Dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan sekiranya mengalami reaksi / gejala yang teruk.
Jika bergejala jangan tangguh untuk dapatkan rawatan. Tindakan ini penting untuk mengelakkan wujud Kluster baru dan mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
Bantu kami untuk pastikan anda selamat daripada COVID-19.
Sentiasa patuh kepada Prosedur Standard Operasi (SOP) yang ditetapkan dan amalkan norma baharu dalam usaha mencegah penularan jangkitan COVID-19 melalui amalan penjarakan fizikal yang selamat (physical distancing) iaitu sekurang-kurangnya 1 meter antara individu, kerap menjaga kebersihan tangan dengan mencuci tangan dengan air dan sabun atau guna 'hand sanitizer', pemakaian alat pelitup muka (facemask) dengan betul dan sempurna, elak sembang dekat-dekat, elak bersalaman atau bersentuhan, disinfeksi permukaan yang kerap disentuh, jika bergejala atau tidak sihat dan segera dapatkan rawatan di klinik kesihatan atau hospital berhampiran.
Hanya dengan kerjasama semua lapisan dan peringkat masyarakat kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
BERSAMA-SAMA KITA PUTUSKAN RANTAIAN JANGKITAN COVID-19.
Vaksin COVID-19 diberikan untuk mengawal penularan penyakit COVID-19 dalam kalangan remaja.
Semakin ramai remaja mendapat vaksinasi, semakin ramai remaja yang akan mendapat perlindungan daripada kejadian penyakit COVID-19 yang lebih teruk.
Pastikan anak anda melengkapkan 2 dos vaksin COVID-19 bagi memastikan mereka dilindungi.
Sumber : Portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia