Osteoporosis adalah penyakit yang tidak mempunyai gejala pada kebanyakan pesakit sehingga fraktur berlaku.
Rawatan awal adalah penting.
Proses kereputan tulang boleh diperlahankan jika penyakit ini dikesan awal.
Jika anda berisiko untuk menghidap penyakit ini segeralah berbincang dengan doktor terutamanya golongan:
1) Warga emas
2) Wanita hampir atau selepas putus haid
3) Penyakit kronik seperti kencing manis, rheumatoif arthritis dan sebagainya
4) Rawatan yang menggunakan steroid untuk jangka masa panjang.
Semua warga sekolah bertanggungjawab dalam memutuskan rantaian jangkitan Influenza-Like-Illness.
1) Kerap cuci tangan
2) Amalkan etika batuk dan bersin yang betul
3) Pakai pelitup muka di tempat tertutup
4) Buka pintu dan tingkap bilik bagi pengudaraan yang baik
5) Tidak berkongsi peralatan peribadi
6) Elakkan pergaulan rapat dengan rakan-rakan sekiranya bergejala
Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Pahang