Amalkan penjaga kebersihan persekitaran untuk mencegah HFMD.
AWAS!! Penyakit HFMD mudah merebak dari satu individu ke individu yang lain melalui sentuhan secara langsung dengan lelehan air hidung, tekak, air liur dan cecair dari lepuhan juga daripada najis individu yang telah dijangkiti.
- Bersihkan lantai, ruang mainan, tandas dan lain-lain ruang rumah dan premis menggunakan bahan pencuci berasaskan klorin.
- Amalkan mencuci tangan dengan sempurna menggunakan sabun dan air bersih:
1) Sebelum menguruskan anak
2) Sebelum menyediakan makanan
3) Selepas keluar tandas
4) Selepas menukar lampin
5) Selepas mencuci najis
- Lakukan proses disinfeksi untuk membasmi kuman dengan mencuci peralatan dan permainan menggunakan bahan pencuci berasaskan klorin dan air.
- Kuarantin atau asingkan anak anda sekiranya mereka menunjukkan gejala atau tanda HFMD.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Sumber : Jabatan Kesihatan Negeri Pahang