Bagi kemudahan pendidikan untuk masyarakat Pulau Tawar pula terdapat satu tadika yang terletak bersebelahan dengan Pusat Internet bagi pendidikan kanak-kanak. Sekolah Kebangsaan Pulau Tawar pula terletak berhampiran jalan masuk ke Kampung Bukit Rang. Sekolah ini untuk pendidikan rendah kanak-kanak. Seterusnya bagi pendidikan menengah terdapat Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar dan Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar yang terletak dalam kampung Pulau Tawar berhampiran sungai.
Dengan terdapatnya sekolah-sekolah ini memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah di samping memudahkan pelajar-pelajar dan belia bersukan menggunakan kemudahan yang terdapat di sekolah-sekolah tersebut. Kedua-dua sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar dan Sekolah Menengah Pulau Tawar telah dilanda banjir besar pada penghujung tahun 2014. Walaubagaimanapun boleh dikatakan kedua-dua sekolah tersebut telah pulih sepenuhnya di atas kerjasama masyarakat setempat dan bantuan pihak luar yang sedaya upaya mengembling tenaga membersihkan dan membaiki sekolah yang terbabit.
Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar terletak di Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.
Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar mula diasaskan pada tahun 1958. Penubuhannya dibuat atas daya usaha yang diketuai oleh Tuan Haji Daud bin Imam Awang (Kadi Dearah Jerantut) dengan kerjasama penduduk setempat dan penduduk–penduduk sekitarnya. Semasa mula ia diwujudkan sekolah ini diberi nama Madrasah Addaudiah mengambil sempena Tuan Haji Daud bin Imam Awang selaku ketua pengasasnya.
Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar
ALAMAT : Pulau Tawar, Pahang, 27200 Jerantut
TELEFON: 09-266 9342
http://bktrang.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan?start=25#sigFreeId96218ce57e
Sekolah Kebangsaan Pulau Tawar atau nama ringkasnya SK Pulau Tawar, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Km19-Kg Bukit Rang.
Sekolah Kebangsaan Pulau Tawar
ALAMAT : Km19-Kg Bukit Rang
Pahang, Malaysia
TEL : 6092672381
FAX : 6092672381
http://bktrang.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan?start=25#sigFreeId242b7bbb5c
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar atau nama ringkasnya SMK Pulau Tawar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Kampung Pulau Tawar.
Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar
Kampung Pulau Tawar
27050, Jerantut
Pahang, Malaysia
Telefon = 6092671171
Fax = 6092671171
http://bktrang.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan?start=25#sigFreeId5c9f407b80