Bagi kemudahan pendidikan untuk masyarakat Pulau Tawar pula terdapat satu tadika yang terletak bersebelahan dengan Pusat Internet  bagi pendidikan kanak-kanak. Sekolah Kebangsaan Pulau Tawar pula terletak berhampiran jalan masuk ke Kampung Bukit Rang. Sekolah ini untuk pendidikan rendah kanak-kanak. Seterusnya bagi pendidikan menengah terdapat Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Tawar dan Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar yang terletak dalam kampung Pulau Tawar berhampiran sungai.

Dengan terdapatnya sekolah-sekolah ini memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah di samping memudahkan pelajar-pelajar dan belia bersukan menggunakan kemudahan yang terdapat di sekolah-sekolah tersebut. Kedua-dua sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Agama Pulau Tawar dan Sekolah Menengah Pulau Tawar telah dilanda banjir besar pada penghujung tahun 2014. Walaubagaimanapun boleh dikatakan kedua-dua sekolah tersebut telah pulih sepenuhnya di atas kerjasama masyarakat setempat dan bantuan pihak luar yang sedaya upaya mengembling tenaga membersihkan dan membaiki sekolah yang terbabit. 

smk pulau tawar 2006 020  SMK Pulau Tawar  SMK Pulau Tawar Jerantut 2  SMK Pulau Tawar Jerantut 5  SMA Pulau Tawar