1) TEMPOYAK

 

Di setiap tempat terdapat makanan tempatan yang menjadi tarikan bagi setiap orang untuk merasainya dan popular mejadikan tempat itu terkenal. Sama seperti daerah Pahang yang lain, makanan tempatan yang popular di sini ialah tempoyak, asam rong/rom dan asam hitam. Walaupun lebih dikenali di daerah Temerloh, di sini juga ia merupakan makanan yang popular. Pelbagai cara boleh digunakan untuk membuat resepi bersama tempoyak. Gulai masam ikan patin merupakan masakan yang paling popular di daerah ini yang menggunakan tempoyak. Oleh kerana ikan patin yang mudah didapati di sini memandangkan perkampungan yang berhampiran sungai menjadikan ia menu paling popular di sini. Ikan-ikan lain seperti talapia juga boleh digunakan untuk masakan ini. Selain itu gulai masam tempoyak ini juga boleh ditukarkan dengan ayam atau daging. Tempoyak juga boleh dijadikan sambal dan sambal yang popular di sini ialah sambal tumis tempoyak.

         

 

 

2)  ASAM RONG 

 

Asam rong/rom juga tidak kurang popular di sini dan menjadi kegemaran penduduk setempat. Asam rong/rom diperbuat daripada buah perah iaitu sejenis buah yang didapati di dalam hutan. Asam rong/rom juga boleh dibuat daripada biji getah yang diperam dan disimpan sama seperti pembuatan tempoyak. Asam rong/rom kebiasaannya dimasak bersama sayur-sayuran seperti pucuk paku atau kangkung tetapi boleh juga dimasak dengan ikan. Rasanya tidak masam seperti asam tetapi sedikit pahit dan berlemak.

  

 

 

 3) ASAM BELIMBING

 

Asam hitam pula berbeza dengan asam rong/rom yang mempunyai rasa lebih masam dan masin. Asam hitam diperbuat daripada belimbing buluh yang direbus dan diperam sehingga warna bertukar menjadi hitam. Asam hitam lebih terkenal dijadikan sambal hitam dan sangat sedap dimakan. Ia semakin popular dan semakin terkenal di samping di jual dengan lebih meluas pada waktu ini.