Sambal kulat sisir antara hidangan tradisional yang semakin dilupakan. Antara penyebab hidangan ini semakin dilupakan kerana harga pasara kulat sisir pada masa kini agak mahal. Namun, ia tidak seharusnya dijadikan penyebab untuk melupakan hidangan tradisi ini.
Sambal kulat sisir ini menggunakan bahan – bahan yang begitu mudah untuk didapati. Selain, kulat sisir, beberapa bahan seperti cili kering / cili padi yang dikisar, bawang merah dan bawang putih, telur, garam dan gula turut digunakan.
Bahan – bahan seperti bawang dan cili kering akan ditumis terlebih dahulu sehingga naik bau. Kemudian, kulat sisir dimasukkan bersama. Telur, garam dan gula pula akan dimasukkan dan digaul rata.
Setelah kesemuanya sebati bersama, ia boleh diangkat untuk dihidangkan. Hidangan ini sememangnya enak dimakan bersama nasi putih dan pastinya akan menaikkan selera anda sewaktu menjamahnya.
http://bktrang.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/324-sambal-kulat-sisir#sigFreeId54bda17a75