Selain sambal hitam yang begitu terkenal di negeri Pahang, terdapat satu lagi sambal yang tidak kurang hebatnya. Sambal bunga kantan merupakan makanan tradisional dari daerah Raub. Ia banyak dihasilkan terutamanya pada musim bunga kantan tiba.
Sambal bunga kantan ini dimasak bersama ikan bilis, santan, cili padi, bawang besar dan bawang putih. Kesemua bahan akan disatukan dan dimasak sehingga kering.
Hidangan ini enak dimakan bersama nasi putih mahupun roti. Ia juga boleh dimakan bersama pulut atau boleh dimakan begitu sahaja.
View the embedded image gallery online at:
http://bktrang.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/292-sambal-bunga-kantan#sigFreeId84eb43bd10
http://bktrang.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/makanan/292-sambal-bunga-kantan#sigFreeId84eb43bd10