Laman web Pangkalan Data Utama (PADU) telah pun dibuka.Orang ramai dijemput untuk membuat pengisian maklumat.
PADU mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia.
Maklumat profil ini akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber. Melalui ekosistem ini, rakyat boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU.
 
๐—ข๐—ฏ๐—ท๐—ฒ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ
 
Penyediaan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan โ€œnear real timeโ€ bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan.
Penggubalan dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data.
Mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.
 
๐— ๐—ฎ๐˜๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ฃ๐—”๐——๐—จ
 
Meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
Melaksanakan pengukuhan dalam penggunaan sumber yang terhad.
Melaksanakan pemerkasaan sistem sosial melalui peningkatan kesejahteraan ekonomi dan rakyat.
Merapatkan jurang sosioekonomi dengan memenuhi keperluan rakyat serta mengimbangi pembangunan