- Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.
- Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang Padabula Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford(Residen British di Pahang) telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.
- Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangandan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat terutamanya bagi penduduk setempat.
- Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi keranakejujurannya.
- Mat Kilau adalah seorang yang tegas malah dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.