Matkilau

 

    • Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau.Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut, Burau.Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865/1866di  Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang. Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu. Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud.Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai ‘Dikir Pahang’.Oleh kerana suaranya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar. Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.Oleh itu kerana mat Kilau pandai main gasing,maka dialah yang dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah terakhir.Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu atau Burau di sebelah Hilir, Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.

 

  • Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang.Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah.  Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad (Sultan Pahang ketika itu ) sampai dan bersemayam di Pulau Tawar. Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila ‘peran tua’ (ketua berburu)tidak Mat Kilau dijadikan peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran.Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.

 

  • Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong, Pulau Tawar.Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.

 

Sumber : https://sejarahtokoh.wordpress.com/dato-bahaman/