Usahawan Produk Kecantikan & Spa

Puan Nor Asiah merupakan anak peneroka Felda Kota Gelanggi 1 dan merupakan seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaan kecantikan dan spa di Daerah Jerantut ini. Beliau adalah di antara ahli Pusat Internet Kg Bukit Rang yang telah berjaya mengembangkan lagi perniagaan beliau menggunakan kemudahan-kemudahan yang disediakan di sini.
Sebelum ini, beliau mempunyai pendapatan yang tidak menentu dan tidak mencapai sasaran beliau kerana kekurangan medium pemasaran. Tetapi setelah beliau mendapat tahu akan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet , beliau mengambil peluang menggunakannya membantu memasarkan perniagaan beliau. Dengan adanya kemudahan jalur lebar beliau mempelajari cara membuat pemasaran online dan menjualnya terus secara online. Hal ini bukan sahaja memudahkan beliau dan pelanggan tetapi juga mempercepatkan lagi urus niaga dan menjimatkan masa.
Menggunakan kemudahan perisian Microsoft Office yang ada di Pusat Internet, beliau belajar cara mudah untuk mengira dan merekodkan stok produk beliau dan urusan jual beli. Beliau juga belajar melalui bengkel latihan keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet. Di samping Pusat Internet yang memberikan kemudahan dan keselesaan kepada beliau untuk belajar, jarak yang lebih dekat berbanding bandar juga merupakan satu kelebihan bagi beliau.