BELAJAR INTERNET DAN MENAIP

 Nama    : Nurul Minhalina Binti Zamri

 Umur    : 11 Tahun

 Ahli      : 2019

 

Latar belakang

Nurul Minhalina merupakan pelajar Sekolah  Kebangsaan Pulau Tawar yang masih belajar dan berada di Tahun 5. Beliau merupakan salah seorang ahli PEDi yang kerap hadir untuk mengikuti kelas yang diadakan di PEDi setelah beliau habis waktu persekolahan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum melibatkan diri di PEDi,beliau kurang mahir menggunakan microsoft word. Pengetahuan perisian komputer sangat lemah dan tidak tahu menggunakan sebarang aplikasi yang ada untuk membantu dalam mengulangkaji pelajaran.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas mengikuti beberapa kelas yang diadakan di PEDi pengetahuan ICT meningkat dan sudah boleh melakukan pencarian bahan ilmiah di internet sendiri di samping menggunakan perisian Microsoft Office Word dalam melakukan kerja sekolah.