Tarikh : 1 & 26 Mac 2024 Masa : 3.00 Petang - 4.00 Petang Tempat : NADI Kg Bukit Rang Peserta : Ibu Bapa |
Tujuan
Untuk melatih dan membantu peserta membuat permohonan kemasukan ke prasekolah sesi 2024/2025 secara dalam talian melalui portal KPM.
Dengan memahami cara membuat permohonan secara dalam talian, ibu bapa atau penjaga akan dapat mengakses sistem permohonan prasekolah dengan lebih mudah. Mereka tidak perlu menghadiri pejabat atau lokasi tertentu secara fizikal untuk mengemaskini maklumat tersebut.
Dengan memahami proses permohonan dalam talian, ibu bapa atau penjaga dapat memastikan maklumat yang mereka berikan adalah tepat dan terkini.
Proses mempelajari cara membuat permohonan secara dalam talian juga memberi peluang kepada ibu bapa atau penjaga untuk memahami penggunaan teknologi dalam pentadbiran pendidikan. Ini adalah pengalaman yang berguna yang juga dapat memberi manfaat kepada mereka dalam konteks lain, termasuk dalam kehidupan profesional dan peribadi.
- Peserta juga dilatih menyimpan data dan mencetak borang permohonan yang sudah lengkap.
Aktiviti
Mempelajari cara-cara membuat permohonan kemasukan ke Prasekolah sesi 2025/2026
Tarikh : 18 Februari 2024 Masa : 11.00 Pagi - 12.30 Tengahari Tempat : NADI Kg Bukit Rang Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Untuk melatih dan meningkatkan kemahiran peserta tentang aplikasi pembelajaran di internet.
Memberi pendedahan kepada peserta berkaitan dengan pembelajaran dalam talian iaitu Object Pairs
Aktiviti
Peserta diberi penerangan berkaitan E-Pembelajaran (Object Pairs) melalui laman web http://www.uptoten.com/
“Object pairs" merujuk kepada dua objek atau unsur yang berkaitan atau bersesuaian satu sama lain.Dalam konteks pembelajaran atau pengajaran, istilah ini mungkin digunakan untuk merujuk kepada konsep atau aktiviti yang melibatkan perbandingan, pengenalan, atau hubungan antara dua objek atau elemen.
Dalam e-pembelajaran, konsep “object pairs” boleh diaplikasikan dalam pelbagai cara. Contohnya, dalam sesi pembelajaran interaktif, pelajar mungkin diberikan tugasan untuk mengaitkan objek-objek yang bersesuaian atau mengenalpasti hubungan antara dua elemen yang diberikan.
Konsep object pairs juga boleh merujuk kepada penggunaan pasangan objek atau elemen dalam aktiviti pembelajaran seperti permainan bahasa atau latihan pengingatan visual.
Tarikh : 10 Disember 2023 Masa : 4.30 Petang - 5.30 Petang Tempat : NADI Kg Bukit Rang Peserta : Pelajar |
Tujuan
Untuk meningkatkan IQ peserta dengan menjawab pelbagai contoh kuiz matematik berkaitan pembelajaran yang diajar di sekolah
Aktiviti
- Peserta diberi penerangan berkaitan dengan internet, dan juga cara menjawab kuiz yang dijalankan.
Pelajar dapat mengulangkaji balik subjek-subjek matematik yang telah dipelajari di sekolah dengan cara menjawab kuiz-kuiz pembelajaran.
Tarikh : 12 Januari 2024 Masa : 11.30 Pagi - 12.30 Tengahari Tempat : NADI Kg Bukit Rang Peserta : Guru Kafa |
Tujuan
Untuk melatih dan membantu peserta membuat pelan susun atur pelajar UPKK dengan menggunakan microsoft office word.
Peserta akan dilatih untuk menyimpan dan mencetak dokumen yang telah dibuat.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan berkaitan dengan microsoft office word.
Peserta boleh menaip dokumen, menyimpan dan mencetak dokumen yang telah dibuat dalam microsoft office word.
Membuat pelan susun atur pelajar UPKK dengan menggunakan microsoft office word.
Tarikh : 3 November 2023 Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang Tempat : NADI Kg Bukit Rang Peserta : Pelajar |
Tujuan
- Untuk melatih dan membantu peserta membuat poster Palestin menggunakan microsoft office word.
Peserta juga dilatih untuk menyimpan dokumen yang sudah dibuat.
Aktiviti
Peserta diberi penerangan berkaitan microsoft word.