Alamat : Pusat Penyelidikan Tun Razak 27000 Jerantut Pahang 

No Telefon : +60 9-471 8182

Felda Residence Tekam terletak di Pusat Penyelidikan Tun Razak Jerantut Pahang ianya berdekatan dengan Felda Sungai Tekam, Felda Sungai Tekam Utara, Kota Gelanggi 01 &03 Dan juga Jengka 8.

Felda residence merupakan salah satu tempat pelancongan yang cantik dan indah sesuai untuk dikunjungi oleh pelancong untuk merehatkan diri. Selain itu, Felda Residence Tekam juga merupakan tempat utama untuk aktiviti riadah di hujung minggu ataupun cuti umum ini kerana banyak kemudahan yang terdapat di situ.Felda Residence Tekam terletak strategik di kawasan perhutanan kecil di Jerantut, yang menjalankan agro- pelancongan. Antara aktiviti : meredah hutan, caving,flying fox, jeram, rafting, berkanu, abseiling dan banyak lagi.

 

Tempat menarik di Jerantut seterusnya ini bertemakan sejarah. Galeri Mat Kilau yang telah dibina sejak tahun 2015 ini adalah salah satu tarikan pelancong. Galeri ini mempamerkan mengenai sejarah sekitar daerah Jerantut yang kebanyakannya pahlawan-pahlawan melayu seperti Mat Kilau, Pawang Noh, Tok Gajah dan ramai lagi.

Gambar dan barangan lama seperti senjata yang digunakan pahlawan Pahang dahulu kala juga boleh anda lihat di sini. Yang lebih menyeronokkan lagi, pameran di sini memaparkan pelbagai bentuk seperti patung, visual, gambar dan audio untuk menarik minat para pelancong.

Bagi pencinta sejarah, saya syorkan anda datang ke empat ini untuk menimba informasi tentang pahlawan bangsa kita sekaligus dapat memupuk semangat cintakan tanah air apabila mengenang jasa mereka. Galeri ini beroperasi setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang dan bayaran yang dikenakan hanyalah sekitar RM 2.

 

Gua Kota Gelanggi merupakan pusat pelancongan berasaskan rekreasi 'outdoor' bagi mereka yang mahukan cabaran, ketenangan dan misteri. Terdapat 7 buah gua di Gua Kota Gelanggi yang dipanggil dengan nama kota iaitu Kota Tongkat, Kota Kepayang, Kota Rehut, Kota Gelap, Kota Angin, Kota Jin dan Kota Balai. Gua Kota Gelanggi banyak dikaitkan dengan mitos-mitos seperti sang kelembai, orang bunian,ular jadian dan kota tersembunyi. Tidak dapat dipastikan kebenaran cerita tersebut tetapi perkara seperti itu lah yang menjadikan ia sebuah tempat yang harus dilawati oleh pelancong.

  • Hotel Darul Makmur merupakan Hotel pertama di Jerantut yang mempunyai Dewan, Pusat Perniagaan, kafe dan restoran terbuka. Ia adalah salah satu mercu tanda terbaru di Jerantut dan ia merupakan Hotel Boutique yang menawarkan kemudahan dan akan memberikan keselesaan kepada tetamu yang menginap di sini. Hotel ini dimiliki oleh MUIP (Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang). Hotel ini mempunyai 39 bilik termasuk 4 suite dan 1 bilik VIP.

 

 

 

Bukit Buluh yang terletak di Felda Padang Piol di sini mempunyai keunikan tersendiri apabila pokok di kawasan itu kebanyakannya memiliki batang berwarna kemerahan.

Berikutan keunikan itu, Bukit Buluh dikenali sebagai Red Forest bagi kebanyakan pendaki. Bukit Buluh ini berketinggian sekitar 331 meter di mana bagi peminat sukan ekstrem mendaki Bukit Buluh bukanlah sesuatu yang agak sukar untuk ditawan.