Lata Lang merupakan salah satu tempat yang menarik di Jerantut. Ia terletak di Kampung Tanjung Puteri ,Ulu Cheka,Damak. Penginapan yang berdekatan dengan Lata Lang  ialah Lata Lang campsite & chalet. Tempat ini sesuai di jadikan  tempat untuk beriadah dan beristirehat bersama ahli keluarga.

 

 

 

 Gunung Benom merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Pahang Darul MakmurMalaysia. Gunung Benom mempunyai ketinggian setinggi 2,107 meter atau 6913 kaki dari aras laut. Terletak di Latitude/Longitude (WGS84) 3° 50' N 102° 6' E. Gunung Benom mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukithutan Dipterokarp Atashutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Banjaran Gunung Benom terletak di antara sempadan tiga buah daerah iaitu Jerantut, Temerloh dan Raub. Topografi kawasan ini meliputi kawasan berbukit-bukau dengan tanah rendah yang mendatar dan terdapat juga kawasan berpaya dibeberapa bahagian. Di samping itu, kawasan ini diliputi oleh hutan dipterokarp sehingga ke hutan pergunungan.

Terdapat dua trek hutan yang boleh dilalui pendaki untuk sampai ke puncak Gunung Benom yang berketinggian 2,107 meter (6,914 kaki) dari paras laut ini.

Laluan pertama adalah dari Lata Berembun di Raub, Pahang dan laluan kedua dari Pos Perlok di Ulu Cheka, Jerantut, Pahang. Laluan kedua diselenggara oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Dalam perjalanan, pendaki boleh melalui Bukit 800, Bukit Damar, dan Gunung Lilin

Gunung Benom merupakan gunung yang kedua tertinggi di Negeri Pahang selepas Gunung Tahan dan merupakan puncak gunung yang kesepuluh tertinggi di Semenanjung Malaysia . Banjaran Benom ini terletak di antara sempadan dua buah daerah iaitu sempadan daerah Jerantut dan daerah Raub. Gunung ini boleh didaki menerusi tiga cara iaitu dari Sungai Klau di Raub, dari Kampung Ulu Cheka di Jerantut dan dari perkampungan orang Asli di Kampung Damak Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau lebih cepat untuk sampai ke puncak kira-kira 2 atau 3 jam manakala pendakian yang agak sukar dan jauh menenerusi Kampung Ulu Cheka di sebelah Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau di Raub menerusi laluan air terjun Lata Berumbum.

Jika pendakian menerusi Kampung Ulu Cheka di sebelah Jerantut pula pendakian akan bermula dari Kampung Tengah, Ulu Cheka dan untuk sampai ke kawasan pendakian perlulah melalui perkampungan kecil di Kampung Damak menuju ke Kampung Ulu Cheka sehinggalah sampai di Kampung Tengah Mukim Ulu Cheka Jerantut. Melalui Kampung Tengah ini pendakian agak sukar dan terpaksa menempuh bukit yang tinggi serta dipenuhi pelbagai spesis tumbuhan.

 

 

 

Taman Negara yang merupakan hutan hujan tropika yang terbesar dan tertua di dunia merupakan salah satu tumpuan utama pelancong di dalam mahupun pelacong dari luar negara. Di sini, turut kaya dengan pelbagi bentuk gua-gua batu kapur. Antaranya ialah Gua Telinga dan Gua Kepayang Besar. Para pelancong juga boleh melihat pelbagi jenis dan spesis binatang dan tumbuhan melalui Bumbum Tebing dan Bumbum Blau.


Taman Negara Kuala Tahan merupakan taman yang terbesar di negara kita dengan keluasan 4,343 km persegi yang menyimpan khazanah negara yang kaya dengan fauna dan flora. Semua hidupan liar dan tumbuhan tidak boleh diganggu bagi memastikan keindahan alam semulajadi yang asli dapat dikekalkan agar tidak pupus dan tidak musnah.                                                                                                                      

Para pengunjung juga boleh melihat keindahan alam semulajadi melalui ‘Canopy Walkway’ iaitu sebuah jambatan yang dibina daripada tali, jaring, kayu dan kabel setinggi 25 meter dari paras tanah dan panjang lebih kurang 400 meter. Pengunjung-pengunjung ke Taman Negara ini biasanya akan tinggal dua hingga empat haribergantung kepada aktiviti yang dipilih.