'Taman Rekreasi Air Kg Binjai'  terletak di Kg Binjai Jerantut. Ia telah jadi satu kawasan rekreasi air bagi warga Jerantut untuk beriadah di hujung minggu.

Banyak  aktiviti yang dapat dilakukan disini seperti bermain 'paddle boat', kanoe, berakit serta 'Zolbing Ball'.

Pengunjung-pengunjung yang meminati aktiviti memancing juga boleh melakukannya disini. Terdapat banyak kolam-kolam yang menawarkan aktiviti memancing dengan bayaran yang berpatutan.